MISTERI FILEM 'THE POUGHKEEPSIE TAPES' YANG SANGAT MENYERAMKAN - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 3 Ogos 2021

MISTERI FILEM 'THE POUGHKEEPSIE TAPES' YANG SANGAT MENYERAMKAN

Kredit Gambar: Pixabay

Pada tahun 2007, seorang pengarah yang bernama John Erick Dowdle telah menghasilkan sebuah filem dokumentari tentang pembunuhan bersiri yang berjudul The Poughkeepsie Tapes. Filem ini bermula apabila pihak FBI menemui 800 pita video VHS di dalam sebuah rumah kosong yang telah lama ditinggalkan yang terletak di Poughkeepsie, New York.

Setiap pita video yang dijumpai itu mengandungi rakaman tentang penyiksaan dan pembunuhan manusia yang sangat kejam dan ia dilakukan oleh seorang pembunuh yang tidak diketahui identitinya. Filem ini akhirnya diharamkan dan hilang setelah beberapa bulan ditayangkan di Amerika Syarikat atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Filem The Poughkeepsie Tapes dikatakan sangat mengerikan sehingga ada beberapa pihak yang mengatakan babak di dalam filem ini kelihatan sangat nyata walaupun pengarah filem ini sendiri pernah menyatakan bahawa semua babak di dalam filem ini hanyalah sebuah lakonan semata-mata.

Terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan The Poughkeepsie Tapes telah diilhamkan daripada kisah benar tentang kejadian pembunuhan yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 90-an. Menurut beberapa sumber lain, filem ini telah diharamkan kerana pihak produksi filem telah menggunakan beberapa rakaman video asli tentang pita video yang dijumpai oleh pihak FBI di sebuah kawasan pembunuhan yang sangat dirahsiakan.

Disebabkan itu, filem ini diharamkan setelah beberapa bulan tayangannya dan hilang tanpa sebarang salinan daripada filem itu disimpan. Setelah lebih dari 10 tahun berlalu, filem tersebut kembali ditayangkan semula kepada orang ramai pada tahun 2017. Ramai yang mengatakan filem tersebut sangat menggerikan sehingga mampu meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada mereka yang menontonnya.

Ada beberapa pihak yang mengatakan kesemua rakaman video asli yang dijumpai oleh pihak FBI itu boleh dijumpai di dalam deepweb. Namun sejauh mana kebenaran disebalik kisah yang dikongsikan, ia kekal menjadi misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan