SUMPAHAN LA LLORONA - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 27 Julai 2021

SUMPAHAN LA LLORONA

Kredit Gambar: Pixabay


La Llorona merupakan sebuah kisah legenda yang sangat seram dari Mexico. Ia mengisahkan tentang roh seorang wanita bernama Marry yang suka mengganggu penduduk tempatan. Difahamkan, La Llorona sering menculik kanak-kanak yang suka berkeliaran dan akan membunuh kanak-kanak tersebut dengan cara melemaskan mereka di dalam sungai.


Sejak tahun 1673 hingga tahun 2000, banyak laporan yang diterima oleh pihak polis berhubung dengan kehilangan dan kematian kanak-kanak yang penuh misteri. Ramai yang mengatakan roh Marry masih lagi menculik dan membunuh kanak-kanak untuk membebaskan rohnya yang tidak tenteram.


Menurut sebuah kisah yang diceritakan oleh orang-orang lama di Mexico, sumpahan La Llorona berpunca daripada seorang wanita yang bernama Marry. Marry merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan digilai oleh ramai lelaki di kampungnya. Difahamkan, Marry merupakan seorang wanita yang paling cantik di dunia pada masa itu.


Kecantikan yang dimiliki olehnya menyebabkan dia menjadi sombong dan bongkak. Banyak lamaran yang ditolak olehnya kerana beranggapan para lelaki yang datang untuk melamarnya tidak setaraf dengan dirinya yang cantik. Sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki kacak yang sangat kaya datang untuk melamarnya. Marry tanpa berfikir panjang terus menerima lamaran tersebut.


Sepanjang perkahwinan mereka, Marry dan suaminya telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel. Namun kebahagiaan yang dikecapi oleh Marry tidak kekal lama setelah dia mula mengetahui bahawa suaminya mempunyai wanita lain di belakangnya.


Disebabkan berasa marah, Marry kemudiannya melemaskan dan membunuh dua orang anaknya di dalam sungai. Dia melakukan perkara tersebut kerana ingin suaminya menderita akibat kehilangan anak-anak yang disayanginya.


Marry kemudiannya mengakhiri hidupnya dengan terjun dan melemaskan diri di dalam sungai yang sama. Sejak daripada itu, roh Marry sering menggangu penduduk tempatan di sekitar Mexico.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan