PENJELAJAH WAKTU DARI TAHUN 6491 - Kongsi Media

Breaking

Isnin, 26 Julai 2021

PENJELAJAH WAKTU DARI TAHUN 6491

Kredit Gambar: Mikegi


Pada tahun 2018, seorang lelaki yang bernama James Oliver telah mengaku dirinya sebagai penjelajah waktu yang datang dari tahun 6491. Dia juga mendakwa telah terperangkap di planet Bumi kerana mesin waktu yang digunakan mengalami kerosakan yang sangat teruk.


Pengakuannya itu telah menggemparkan banyak pihak kerana dia berjaya lulus semua soalan yang ditanya dengan menggunakan alat pengesan pembohongan. Di samping itu, dia juga mengaku berasal dari sebuah planet lain yang jauh dari Bumi. 


Pada waktu itu, umat manusia telah berjaya melakukan penjelajahan ke ruang angkasa dan mencari planet-planet lain untuk diduduki. James juga turut memberikan amaran kepada umat manusia tentang sebuah peristiwa yang akan meghancurkan planet Bumi. Dia mengatakan suatu hari nanti Gunung Berapi Yellowstone di Amerika Syarikat akan meletus dan memberi kesan yang sangat dahsyat kepada penduduk bumi.

.

Menurut James, Gunung Berapi Yellowstone kali terakhir meletus 600000 tahun yang lalu. Ia akan meletus sekali lagi sama seperti 600000 tahu yang lalu dan akan menghancurkan seluruh Amerika Syarikat.


Letusan Gunung Berapi Yellowstone itu akan meghasilkan banyak kepulan abu gunung berapi di atmosfera. Pada waktu itu tiada satu pun pengangkutan udara yang dapat beroperasi kerana mesin dan enjin kenderaan akan rosak apabila terkena abu gunung berapi.


Apa yang lebih menggerikan, abu daripada letusan gunung berapi ini akan kekal di atmosfera bumi selama lebih daripada 5 tahun sebelum ia hilang secara semula jadi. Pada masa itu, ramai umat manusia yang akan mati kerana terhidu abu gunung berapi yang sangat berbahaya.


Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran disebalik kisah yang dikongsikan oleh James Olive. Ada pihak yang mengatakan James sengaja mereka-reka cerita untuk menjadi terkenal. Sejauh mana kebenarannya, ia kekal menjadi misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan