PEDANG LAGENDA SALADIN YANG TERTAJAM DI DUNIA - Kongsi Media

Breaking

Jumaat, 23 Julai 2021

PEDANG LAGENDA SALADIN YANG TERTAJAM DI DUNIA


Saladin atau lebih dikenali sebagai Salahuddin al-Ayyubi adalah seorang panglima muslim yang amat digeruni ketika Perang Salib suatu ketika dahulu. Diceritakan, Saladin mempunyai sebilah pedang yang amat tajam di dunia mengatasi pedang Katana dan Excalibur.


Hasil kajian para ilmuan mendapati pedang Saladin dihasilkan menggunakan besi Damsyik dengan teknik rahsia serta disaluti teknologi Nano ''Carbon Nano Tubes'' sehingga menjadikannya amat tajam dan mudah lentur. Seni pembuatan pedang ini amat misteri dan dikagumi oleh ramai pihak.

Dikatakan pedang Saladin ini mampu menembusi baju besi, memotong dua pedang lawan dan memotong batu tanpa merosakkan mata pedangnya malah membuatkannya semakin tajam dan kuat.

Hasil kajian yang mendalam mendapati pedang ini dihasilkan oleh tukang besi Damsyik. Namun kewujudan mereka telah pupus sekitar kurun ke-18 yang lalu.

Namun anehnya, bagaimana tukang besi zaman dahulu mampu menguasai teknologi Nano yang begitu rumit sedangkan ilmuan pada harini hanya baru dapat menguasainya beberapa tahun yang lalu.

Sehingga kini, pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui bagaimana cara sebenar penghasilan pedang ini. Namun ia kekal menjadi misteri dan perdebatan pelbagai pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan