KISAH SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI - Kongsi Media

Breaking

Isnin, 26 Julai 2021

KISAH SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Kredit Gambar: Pixabay


Animasi Spongebob Squarepants dicipta pada tahun 1997 oleh seorang lelaki bernama Stephen Hillenburg. Animasi ini mendapat sambutan yang amat hebat dari penonton kanak-kanak dan orang dewasa.


NAMA SEBENAR SPONGEBOB SQUAREPANTS
Pada awal tayangannya, animasi Spongebob Squarepants dikenali sebagai Spongeboy. Namun nama tersebut dilindungi hak cipta oleh sebuah jenama mop. Disebabkan itu, Stephen Hillenburg telah menukar perkataan "boy" kepada "bob".


UMUR SEBENAR SPONGEBOB SQUAREPANTS
Melihat kehidupan Spongebob didalam animasi ini, ramai pihak mendakwa spongebob adalah seorang kanak-kanak. Namun terdapat satu episod yang menunjukkan Spongebob mengeluarkan lesen memandunya. Disitu tertera beberapa maklumat dirinya seperti tarikh lahirnya pada 14 Julai 1986. Ini bermaksud usia Spongebob ketika ini ialah 35 tahun. Di dalam lesen memandu itu juga turut memperlihatkan informasi menarik iaitu Spongebob juga sebenarnya mempunyai rambut yang berwarna kuning.


BANDAR BIKINI BOTTOM
Bikini Bottom adalah bandar dimana tinggalnya Spongebob dan rakan-rakannya seperti Patrick, Squidward, Gary, Sandy, Mr. Krabs, Plankton dan banyak lagi. Namun sebenarnya, bandar Bikini Bottom diambil berdasarkan nama sebuah pulau yang dikenali sebagai Bikini Atoll. Namun pulau ini telah dihancurkan dan dijadikan tempat letupan bom nuklier.


RANCANGAN ANIMASI PALING LAMA NICKELODEON
Pada mulanya, Stephen Hillenburg ingin menamatkan siri animasi Spongebob Squarepants pada tahun 2004 dengan tayangan filem The Spongebob Squarepants. Namun filem itu mendapat sambutan yang amat hebat dan seterusnya pihak Nickelodeon meminta agar beliau meneruskan siri animasi itu.


Sehingga kini, animasi Spongebob Squarepants tetap dihasilkan dan mempunyai beratus-ratus episod serta masih diminati oleh orang ramai tak kira muda dan tua.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan