CARA MEMBUAT DAGING HARIMAU MENANGIS YANG MUDAH DAN LAZAT - Kongsi Media

Breaking

Rabu, 28 Julai 2021

CARA MEMBUAT DAGING HARIMAU MENANGIS YANG MUDAH DAN LAZAT

Kredit Gambar: Nashrul Yaacob

Daging Harimau Menangis atau lebih dikenali sebagai Sua Rong Hai merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Thailand. Nama harimau menangis diambil dari sebuah kisah mitos masyarakat di sana suatu ketika dahulu. Hidangan ini mengandungi daging lembu yang dibakar dan dicicah bersama sos thai yang sangat sedap. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran di negara kita. Disebabkan rasanya yang sangat lazat dan sedap, ia mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada pelanggan.

Harga yang dijual pula boleh dikatakan sangat mahal kerana permintaannya yang semakin meningkat dari hari ke hari. Bagi 300 gram daging harimau menangis, ia dijual sekitar RM28 sahaja. Namun ia lebih berbaloi sekiranya kita yang membeli bahan dan membuatnya sendir di rumah.

Hari ini kami ingin berkongsi tentang cara untuk membuat daging harimau menangis yang sangat mudah dan lazat.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging adalah:
  • 2 kilogram daging lembu yang dihiris nipis.
  • 6 sudu besar sos tiram.
  • 6 sudu besar sos cili.
  • 6 sudu besar sos lada hitam.
  • 6 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu gula melaka
  • 1/2 cawan minyak masak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sos Ala Thai adalah:
  • 8 tangkai cili padi yang ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 1/2 sudu garam
  • 3 sudu gula
  • 3 biji limau nipis
  • sedikit hirisan daun ketumbar

Cara Penyediaan Daging:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang besar. Kemudian gaulkan semua bahan dengan sebati dan biarkan sebentar. Setelah 30 minit, masukkan 1/2 cawan minyak masak dan perap semula daging selama 2 jam sebelum dibakar. 

Cara Penyediaan Sos Ala Thai:
Tumbuk 8 tangkai tangkai cili padi dan 8 ulas bawang putih di dalam batu lesung. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi di dalam sebuah mangkuk. Di dalam mangkuk yang sama sos tiram, sos ikan, garam, gula dan air perahan limau nipis. Gaul semua bahan tadi dengan sebati dan akhir sekali letakkan hirisan daun ketumbar.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan