MISTERI KEWUJUDAN REPTILIA YANG BOLEH BERUBAH MENJADI MANUSIA - Kongsi Media

Breaking

Ahad, 10 Januari 2021

MISTERI KEWUJUDAN REPTILIA YANG BOLEH BERUBAH MENJADI MANUSIA


Sejak zaman dahulu, kisah kewjudan makhluk reptlia yang boleh berubah bentuk menjadi manusia mula menjadi perdebatan masayarakan pada waktu itu. Mereka percaya bahawa dunia kita sebenarnya dikawal oleh sekumpulan makhluk reptilia yang mampu berubah bentuk menjadi manusia. Makhluk-makhluk ini digelar sebagai 'The Reptilians Elite'. Kebanyakkan daripada mereka adalah dalam kalangan orang-orang yang berpengaruh dan mengusai dunia.

Ramai pengkaji yang telah mengkaji tentang kewujudan makhluk ini dan mengatakan bahawa mereka sememangnya wujud dan hidup dalam kalangan manusia. Namun mereka sangat sukar untuk dikesan kerana mampu berubah bentuk menjadi seperti seorang manusia biasa.

Terdapat beberapa kejadian tentang penampakan makhluk reptilia ini yang diceritakan oleh orang ramai. Pada tahun 2014, stesen berita Fox News telah menyiarkan sebuah video tentang pembicaraan penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber sewaktu berada di dalam tahanan mahkamah.

Diceritakan, sewaktu perbicaraan sedang berlangsung, mata penyanyi itu seolah-olah berubah bentuk menjadi seperti seekor reptilia dalam beberapa saat. Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera dan disiarkan kepada orang ramai.


Ramai yang mendakwa Justin Bieber merupakan salah seorang daripada "The Reptilians Elite", iaitu sebuah teori yang mengatakan dunia sebenarnya dikawal oleh golongan reptilia yang mampu berubah bentuk menjadi manusia.

Selain itu pada tahun 2017 yang lalu, ratusan peminat Justin Bieber telah mendakwa melihat idola mereka berubah bentuk menjadi seekor makhluk reptilia yang sangat besar dan menakutkan. Kejadian tersebut difahamkan berlaku sewaktu penyanyi itu sedang mengadakan konsert jelajahnya.

Menurut salah seorang saksi, kejadian itu berlaku dengan sangat pantas sehingga menyebabkan peminat yang hadir lari untuk menyelamatkan diri. Walau bagaimanapun, kes ini kemudiannya ditutup dan tidak diperbesarkan seolah-olah tidak pernah berlaku. Ada pihak yang mendakwa kejadian itu telah ditutup oleh organisasi rahsia Illuminati untuk menjaga kepentingan ahli mereka.

Tedapat sebuah teori yang mengatakan bahawa makhluk reptlia ini sebenarnya adalah makhluk asing yang datang dari luar angkasa. Mereka telah lama mendiami bumi kita sejak ratusan tahun yang lalu. Namun tidak diketahui apakah tujuan sebenar mereka datang ke bumi.

Selain Justin Bieber, beberapa tokoh terkenal yang lain juga turut dikaitkan dengan makhluk reptilia ini. Antaranya seperti bekas president Barack Obama, Mark Zuckerberg, Taylor Swift dan ramai lagi. Namun kewujudan makhluk reptlia ini kekal menjadi misteri sehingga hari ini.

1 ulasan:

  1. Admin ada kata kan yg saintis tu menyiasat tentang reptilia ni, (plot twist): saintis tu ialah reptilia tu and buat cite sendiri (・o・)

    BalasPadam