LELAKI INI MENGHANCURKAN PLAYSTATION 5 YANG BARU DIBELI OLEHNYA - Kongsi Media

Breaking

Isnin, 11 Januari 2021

LELAKI INI MENGHANCURKAN PLAYSTATION 5 YANG BARU DIBELI OLEHNYA


Tahukah anda bahawa syarikat Sony pernah mencatat rekod sebagai pengeluar konsol permaian video terlaris di dunia dengan jualan konsol permainan video PlayStation 2 mereka iaitu sebanyak 155 juta unit di seluruh dunia. Malah dengan penghasilan ratusan game yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat permainan video untuk konsol itu menyebabkan orang ramai boleh membeli game yang diminati untuk dimainkan. Inilah yang menyebabkan konsole permainan video PlayStation menjadi kegilaan ramai.

PlayStation 5 pula merupakan sebuah konsol permainan video generasi ke-5 yang dibangunkan oleh syarikat Sony dan mula dijual kepada orang ramai pada akhir tahun 2020. Konsol permainan video ini sangat dinantikan oleh orang ramai tanpa mengira peringkat umur sama ada yang masih muda atau pun sudah tua. Ini kerana konsol permainan video PlayStation 5 boleh dimainkan oleh orang ramai tanpa mengira peringkat umur.

Disebabkan pelancarannya yang masih baru, konsol permainan video ini sangat sukar untuk didapatkan kerana mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran. Orang ramai boleh membelinya secara pra pesanan di laman sesawang rasmi PlayStation. Harga yang ditawakan pula tidaklah terlalu mahal iaitu sekitar RM2500 sahaja.

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang YouTuber telah memuat naik video yang memaparkan aksinya menghancurkan konsol permainan video PlayStation 5 dengan menggunakan mesin penghancur barang. Aksi yang dilakukan olehnya mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang mengatakan dia seorang yang gila kerana sanggup mengancurkan konsol permaian video PlayStation 5 dan ada juga yang mengatakan sebaliknya.



Di dalam video tersebut, penonton dapat melihat lelaki itu menghancurkan satu persatu bahagian konsol sehingga menjadi serpihan kecil. Di akhir video pula lelaki itu sempat membuat jenaka dengan menulis 'PS5 For Sale' seolah-olah ingin menjual konsol permainan video PlayStation yang telah hancur itu kepada sesiapa sahaja yang ingin membelinya.

Bagi peminat konsol permainan video PlayStation 5, mereka pasti berasa sedih setelah melihat konsol permainan video idaman mereka dihancurkan sedemikian rupa. Ditambahkan lagi dengan harganya yang mahal, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu untuk membelinya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan