INILAH 5 SEBAB MENGAPA ORANG DULU-DULU TIDAK SUKA SENYUM SEWAKTU MENGAMBIL GAMBAR - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 5 Januari 2021

INILAH 5 SEBAB MENGAPA ORANG DULU-DULU TIDAK SUKA SENYUM SEWAKTU MENGAMBIL GAMBAR


Pada masa kini, kita sering melihat orang mengambil gambar dengan wajah yang tersenyum. Gambar dengan wajah yang tersenyum dapat menaikkan aura bagi sekeping gambar yang diambil dan membuatkan orang lain yang melihatnya berasa tenang dan nyaman.


Berbeza pula dengan orang-orang pada zaman dahulu yang tidak suka mengambil gambar dengan wajah yang tersenyum. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah bewarna hitam dan putih. Ditambah pula dengan reaksi wajah orang pada masa itu yang masam, ia membuatkan gambar yang diambil menjadi sangat menyeramkan.


Disini kami akan menyenaraikan 5 sebab mengapa orang zaman dahulu tidak suka senyum sewaktu mengambil gambar.



1. Menurut Majalah Time, gigi yang buruk adalah salah satu sebab mengapa orang zaman dahulu tidak suka senyum sewaktu mengambil gambar. Pada zaman dahulu, penjagaan gigi adalah satu perkara yang kurang di ambil berat oleh orang ramai. Mengambil gambar dengan menampakkan gigi yang buruk akan mencacatkan keindahan sekeping gambar. Inilah sebab mengapa orang pada zaman dahulu cuba untuk menutup kekurangan mereka dengan tidak senyum sewaktu mengambil gambar.


2. Pada zaman dahulu, teknologi yang digunakan dalam penghasilan sebuah kamera adalah sangat terhad. Kebanyakkan kamera lama akan mengambil masa yang sangat lama untuk mengambil sekeping gambar. Seseorang yang ingin diambil gambar haruslah duduk dalam keadaan tetap dan tidak bergerak dalam jangka waktu yang lama. Senyum dalam jangka waktu yang lama akan membuatkan gambar seseorang kelihatan palsu dan tidak menarik. Inilah sebab mengapa orang pada zaman dahulu tidak suka senyum sewaktu mengambil gambar. 



3. Menurut seorang pengkaji sejarah yang bernama Christina Kotchemidova, tindakan senyum sewaktu mengambil gambar adalah sesuatu perkara yang tidak sopan. Menurut orang bangsawan pada zaman dahulu, mengambil gambar dengan wajah yang tersenyum akan mencacatkan keindahan sekeping gambar. Gambar dianggap sebagi satu seni yang sangat indah. Ia tidak seharusnya ditambah dengan senyuman yang akan membuatkannya kelihatan buruk.


4. Bagi sesetengah kaum, senyuman adalah untuk golongan masyarakat yang bertaraf rendah. Orang-orang kaya tidak akan sesekali memberikan atau menunjukkan senyuman mereka kepada orang lain kerana perkara itu hanya akan menjatuhkan maruah mereka. Inilah salah satu sebab meengapa orang pada zaman dahulu tidak suka senyum sewaktu mengambil gambar.


5. Pada zaman dahulu, kos bagi mengambil sekeping gambar adalah sangat mahal. Orang pada zaman dahulu tidak mahu merosakkan gambar yang diambil dengan senyuman yang buruk. Jadi mereka lebih suka mengambil gambar dengan wajah yang semula jadi tanpa senyum. Inilah sebab mengapa wajah orang zaman dahulu kelihatan masam sewaktu mengambil gambar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan