5 HACKER PALING BERBAHAYA DI DUNIA - Kongsi Media

Breaking

Jumaat, 8 Januari 2021

5 HACKER PALING BERBAHAYA DI DUNIA

Hacker atau lebih dikenali sebagai penggodam meujuk kepada seorang atau sebuah organisasi yang mahir dalam bidang komputer. Difahamkan hacker mempunyai kelebihan untuk memahami bahasa komputer dan mampu untuk membina program komputer yang lebih baik daripada program komputer yang ada pada masa sekarang.


Namun ada sesetengah hacker yang menyalahgunakan kelebihan yang dimiliki untuk tujuan tertentu sehingga membahayakan kehidupan dan nyawa orang lain. Di sini, kami ingin berkongsi tentang 5 hacker paling berbahaya yang ada di dunia kita.

1. Jonathan James


Jonathan James merupakan seorang hacker yang sangat terkenal di Amerika Syarikat. Dia juga dikenali sebagai seorang hacker yang paling muda dalam sejarah Amerika Syarikat. Pada usianya yang masih 16 tahun, dia sudah berjaya menggodam komputer Badan Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA), sebuah bahagian dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menggodam sistem pertahanan NASA dan mencuri perisian berharga USD1.7 juta. James akhirnya ditemui mati pada tanggal 18 Mei 2008 di kediamannya dengan kesan tembakan pada bahagian kepala. Hasil siasatan yang dilakukan mendapati kematiannya adalah disebabkan oleh bunuh diri akibat tekanan.

2. Gary McKinnon


Gary McKinnon atau lebih dikenali sebagai Solo merupakan seorang hacker yang sangat hebat dalam sejarah peradaban manusia. Disebabkan minatnya yang terlalu mendalam terhadap makhluk asing dan UFO, dia mula mempelajari bahasa komputer dan cara untuk menggodam. Pada tahun 2001 hingga 2002, Solo telah berjaya memasuki sistem keselamatan NASA dan mencuri beberapa data dan file rahsia yang disimpan oleh pihak NASA. Pada bulan November 2002, Solo akhirnya berjaya ditangkap di rumah kekasihnya di London. Ada beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa Solo sempat berkongsi tentang gambar-gambar makhluk asing yang dicurinya dari pihak NASA kepada orang ramai. Namun tidak dapat dipastikan kebenarannya.

3. Jim Geovedi


Jim Geovedi merupakan seorang pakar keselamatan IT yang berasal dari Indonesia. Kelebihan yang dimiliki oleh lelaki ini sangat luar biasa sehingga mampu untuk menggodam satelit yang ada di angkasa. Bukan itu sahaja, dia juga mampu untuk melumpuhkan sistem satelit dan mengubah arahnya. Untuk memahami sistem yang digunakan di dalam sesebuah satelit adalah sangat rumit. Namun, Jim Geovendi mampu untuk menggodamnya dengan mudah.

4. George Hotz


George Hotz atau lebih dikenali sebagai Geohot merupakan seorang hacker yang mampu melakukan jailbreak pada pelbagai barangan elektronik. Pada tahun 2006, pihak Sony mengeluarkan kenyataan bahawa konsol permainan PlayStation 3 milik mereka tidak akan mampu digodam oleh para hacker. Namun Geohot telah menggodamnya dan melakukan jailbreak sehingga orang ramai boleh bermain permainan video pada PlayStation 3 tanpa perlu membeli Blu-ray Disc. Perkara ini kemudiannya menyebabkan pihak Sony mengalami kerugian yang sangat banyak dan seterusnya menuntut ganti rugi daripada Geohot atas kesalahan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, Geohot juga pernah melakukan jailbreak pada produk Apple dan Samsung sehingga menyebabkan kerugian pada syarikat-syarikat tersebut.

5. Adrian Lamo


Adrian Lamo merupakan seorang wartawan yang menetap di Amerika Syarikat. Dia mula dikenali setelah berjaya menggodam dan memasuki sistem keselamatan banyak syarikat-syarikat gergasi seperti Yahoo, Microsoft, The New York Times dan banyak lagi. Dia juga pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan meggodam sistem keselamatan syarikat lain tanpa izin. Setelah ditangkap, Adrian Lamo akan menawarkan kerjasama untuk menambah baik sistem keselamatan syarikat yang digodamnya agar tidak mudah dimasuki dan dicerobohi oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan