5 BAJU PALING MAHAL DI DUNIA - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 15 Disember 2020

5 BAJU PALING MAHAL DI DUNIA

Penampilan seseorang dilihat daripada cara mereka berpakaian. Pakaian yang cantik dan kemas melambangkan personaliti seseorang. Ramai masyarakat yang sanggup beberlanja lebih bagi mendapatkan pakaian yang cantik walaupun harga yang ditawarkan adalah sangat mahal. Di sini kami ingin berkongsikan tentang 5 baju paling mahal di dunia.



1. BAJU T-SHIRT SUPERLATIVE LUXURY - BERHARGA RM1.6 JUTA

Walaupun kelihatan sangat simple, Baju T-shirt Superlative Luxury merupakan baju paling mahal yang pernah dijual di dunia. Baju ini dikeluarkan pada tahun 2012 di London dan dihasilkan menggunakan tenaga semulajadi seperti tenaga suria dan angin. Terdapat 16 belian asli yang turut diletakkan pada baju ini dan salah satu daripadanya merupakan belian hitam yang sangat sukar untuk ditemui.



2. BAJU T-SHIRT UNICEF CARGO FLIGHT - BERHARGA RM1.3 JUTA

Baju putih dengan gambar pesawat kargo ini merupakan baju kedua paling mahal pernah dijual. Baju ini telah dihasilkan oleh United Nations Children's Fund (UNICEF), iaitu sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab memberi bantuan dan perlindungan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Duit yang berjaya dikumpul hasil penjualan baju ini kemudiannya digunakan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang bernasib malang di seluruh dunia.



3. BAJU T-SHIRT 1996 OLYMPICS BY HANES/UNICEF - BERHARGA RM175,000

Pada tahun 1996, United Nations Children's Fund (UNICEF) telah bekerjasama dengan jenama pakaian Hanes untuk mengeluarkan baju bagi Sukan Olimpik 1996. Duit yang berjaya dikumpul hasil penjualan baju ini juga turut digunakan untuk membantu kanak-kanak yang bernasib malang di seluruh dunia. Baju ini sangat dicari hingga hari ini kerana kualiti kainnya yang sangat berkualiti tinggi.



4. SUPREME X MOLODKIN SAMPLE BOX LOGO - BERHARGA RM88,000

Pada tahun 2003, syarikat jenama Supreme telah bekerjasama dengan Molodkin untuk menghasilkan sejenis baju yang diberi nama Supreme X Moldkin Sample Box Logo. Baju yang bewarna itu mempunyai lakaran wajah Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump pada bahagian belakangnya. Walau bagaimanapun, baju ini sangat sukar untuk ditemui dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu untuk menyimpan dan memiliki koleksi baju tersebut.



5. BAJU T-SHIRT HOME JOHN LENNON'S - BERHARGA RM65,000

John Lennon atau nama sebenarnya John Winston Ono Lennon merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan rock inggeris The Beatles. Dia sering kelihatan memakai baju bewarna hitam dengan perkataan 'HOME' pada bahagian dadanya. Baju itu sebenarnya merupakan baju yang diberikan oleh seorang pemilik restoran kepada Jhon Lennon. Disebabkan baju tersebut kelihatan sangat cantik dan menarik, ramai yang cuba untuk membelinya sehingga ia dijual dengan harga yang sangat mahal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan