MISTERI KUIL KUNO DI MELAKA - Kongsi Media

Breaking

Rabu, 7 Oktober 2020

MISTERI KUIL KUNO DI MELAKA


Di Melaka, Malaysia terdapat sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Universiti Teknikal Melaka (UTEM) yang mana dibina sekitar tahun 2000.

Diceritakan sebelum pembinaan dijalankan, tempat ini adalah sebuah hutan dan tidak pernah diterokai. Namun semasa pembinaan mahu dijalankan, para kontraktor telah menemui sebuah kuil kuno disekitar kawasan pembinaan itu dan cuba merobohkannya.

Anehnya, kuil kuno itu tetap kembali berdiri seperti biasa pada keesokan harinya. Kerana tidak dapat mencari jalan bagaimana untuk merobohkan kuil itu, para kontraktor telah menggali lubang disekitar kuil kuno itu dan terbentuklah sebuah tasik.

Difahamkan, tasik tersebut mempunyai bentuk yang lain daripada tasik-tasik yang ada di sekitarnya seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada orang ramai.

Kisah kuil ini sangat dirahsiakan daripada orang ramai. Hanya orang-orang yang terlibat sewaktu pembinaan awal universiti itu sahaja yang mengetahui kisah ini.

Ada pihak mendakwa, kuil kuno itu masih berada didalam tasik tersebut. Namun, adakah kewujudan kuil kuno benar-benar ada atau hanya sebuah kisah dongeng untuk menakutkan orang ramai? yang pasti ia kekal meniadi misteri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan