MISTERI A.I ROBOT DARIPADA FACEBOOK - Kongsi Media

Breaking

Jumaat, 16 Oktober 2020

MISTERI A.I ROBOT DARIPADA FACEBOOK


Pada beberapa tahun yang lalu, syarikat Facebook telah menghasilkan dua buah chatbot dengan kecerdasan seperti manusia yang dikenali sebagai Artificial Intelligence Research. Chatbot ini deberi nama iaitu Alice dan Bob.


Pada mulanya, dua buah chatbot ini dipogramkan untuk belajar dan berfikiran seperti manusia untuk mengawal sistem operasi di Facebook. Dengan kewujudan mereka, ia dapat memudahkan lagi syarikat Facebook beroperasi.


Mereka saling bekomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa inggeris dan difahami oleh semua jurutera Facebook. Namun diceritakan setelah sekian lama digunakan, dua chatbot ini mula berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa yang tidak difahami dan melakukan beberapa perkara yang tidak diprogramkan.


Pihak Facebook kemudiannya berasa takut dan telah mematikan sistem mereka agar tidak dapat digunakan lagi. Ada pihak mendakwa, dua chatbot itu cuba berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengawal manusia seterusnya cuba menakluk dunia. Namun mereka sempat dimatikan sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.


Sehingga kini tiada siapa yang tahu maksud sebenar yang dibicarakan oleh kedua-dua chatbot itu. Dan sistem mereka telah dihapuskan agar tidak disalahguna oleh umat manusia yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan