5 SELEBRITI YANG DILARANG UNTUK MEMBELI KERETA BUGATTI - Kongsi Media

Breaking

Sabtu, 10 Oktober 2020

5 SELEBRITI YANG DILARANG UNTUK MEMBELI KERETA BUGATTI

Tahukah anda, Bugatti merupakan pengeluar kereta mewah yang sangat dikenali di serata dunia. Hanya orang-orang yang mempunyai duit yang banyak sahaja seperti selebriti yang mampu untuk membeli kereta-kereta keluaran Bugatti. Namun begitu, disni kami akan berkongsikan 5 orang selebriti yang dilarang untuk membeli dan memiliki kereta keluaran Bugatti.



1. TOM CRUISE

Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV merupakan seorang selebriti dari Amerika Syarikat. Dia dilarang memiliki kereta keluaran Bugatti selepas gagal membuka pintu kenderaan Buggati Veyronnya sewaktu tiba di karpet merah bagi tayangan sebuah filem. Perkara ini menyebabkan pihak Bugatti berasa malu seolah-olah kenderaan milik mereka seperti sukar untuk dikendalikan. Tom Cruise kemudiannya dilarang untuk membeli dan memiliki kenderaan daripada Bugatti. 



2. FLO RIDA

Flo Rida atau nama sebenarnya Tramar Lacel Dillard merupakan seorang rapper dari Amerika Syarikat. Dia merupakan individu kedua yang dilarang daripada membeli dan memiliki kenderaan Bugatti atas kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum ini. Pada tahun 2011, telah memandu kenderaan Bugatti miliknya dengan laju dalam keadaan pengaruh alkohol. Perkara tersebut telah menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa orang lain yang berada di atas jalan raya. Pihak Bugatti kemudiannya melarang Flo Rida daripada membeli dan memiliki kenderaan daripada syarikat mereka kerana merasakan dia akan memburukan jenama Bugatti di mata dunia.



3. SIMON COWELL

Simon Cowell atau nama sebenarnya Simon Phillip Cowell merupakan seorang personaliti yang sangat terkenal. Dia sangat dikenali ramai selepas menjadi juri di dalam rancangan pertandingan muzik X Factor. Difahamkan pada tahun 2008, Simon Cowell pernah memiliki sebuah kenderaan Bugatti Veyron. Namun dia hanya memandu kenderaan tersebut sebanyak 2 kali sahaja dalam masa 3 tahun sebelum menjualnya. Pihak Bugatti merasakan perkara itu seolah-olah merendahkan kenderaan jenama mereka dan kemudiannya melarang dia dari terus membeli dan memiliki kenderaan daripada Bugatti.



4. XZIBIT

Xzibit atau nama sebenarnya Alvin Nathaniel merupakan seorang rapper dari Amerika Syarikat. Difahamkan dia pernah memiliki sebuah kereta Bugatti Veyron bewarna merah suatu masa dahulu. Namun telah menjual kenderaan tersebut di dalam proses lelongan. Pihak Bugatti kemudiannya melarang dia daripada memiliki dan membeli kenderaan Bugatti buat selamanya.



5. FLOYD MAYWEATHER JR

Floyd Mayweather Jr atau nama sebenarnya Floyd Joy Mayweather Jr merupakan seorang peninju profesional dari Amerika Syarikat. Sebelum ini dia dikatakan pernah memiliki 2 buah kenderaan mewah Bugatti. Namun dia telah menjual kesemuanya di dalam proses lelongan dan berjaya mendapat keuntungan sekitar RM27 juta. Pihak Bugatti kemudiannya melihat Floyd Mayweather Jr sebagai seorang yang sering menyampaikan imej yang tidak baik kepada kenderaan jenama Bugatti. Dia kemudiannya dilarang daripada membeli dan memiliki kenderaan daripada Bugatti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan