KISAH FILEM SERAM SICCIN - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 18 Ogos 2020

KISAH FILEM SERAM SICCIN


Siccin adalah sebuah filem seram dari negara Turki dan ianya diadapatasikan dari kisah benar. Filem ini pernah menjadi tular suatu ketika dahulu kerana terdapat beberapa pihak yang mendakwa filem ini terlalu menakutkan untuk ditonton.

Diceritakan, ramai pihak mendakwa telah mengalami pengalaman yang menyeramkan selepas tamat menonton filem ini. Antaranya sukar untuk tidur selama 3 hari, batuk yang teruk dan berdarah, demam panas selama berminggu-minggu, mengalami keguguran kandungan dan banyak lagi.

Dikatakan hal ini terjadi kerana di dalam filem ini, pihak penerbit telah menggunakan mantera dan jampi yang sebenar ketika lakonan. Disebabkan itulah ramai pihak yang mengalami perkara mistik selepas tamat menonton filem ini.

Terdapat sebuah pengalaman seram yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah menonton filem ini. Dia menceritakan, pada suatu malam saat menonton filem Siccin bersama keluarga, salah seorang anak permpuannya telah dirasuki oleh makhluk halus. Anak perempuannya mula bertutur dalam bahasa yang sukar difahami dengan nada suara yang sangat marah.

Ada pihak yang mengatakan mentera yang digunakan di dalam filem Siccin sebenarnya adalah asli dan ia digunakan untuk menyeru makhluk dari dunia lain. Disebabkan itulah ramai di antara penonton yang menonton filem ini mudah dirasuk.

Filem seram Siccin telah dihasilkan oleh seorang pengarah yang bernama Alper Mestci. Beliau juga telah mengahsilkan beberapa lagi filem bergenre seram lain seperti filem Musallat.

Diceritakan filem Siccin mempuyai empat siri dan ianya ditayangkan pada setiap tahun bermula pada tahun 2014 hingga tahun 2017.

Kisah pengalaman seram yang diceritakan oleh orang ramai telah mengejutkan banyak pihak. Ada yang mempercayainya dan melarang orang ramai untuk terus menontonnya.

Hingga kini, filem Siccin masih menjadi fenomena di beberapa buah negara dan dikatakan siri kelimanya bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Adakah anda cukup berani untuk menonton filem ini? Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda bersama kami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan