KISAH MENGAPA ADOLF HITLER MENYIMPAN MISAI KONTOT - Kongsi Media

Breaking

Isnin, 13 Julai 2020

KISAH MENGAPA ADOLF HITLER MENYIMPAN MISAI KONTOT


Adolf Hitler merupakan seorang pemimpin tentera Nazi Jerman yang ditakuti suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 sehingga 1945.

Jika disebut nama Adolf Hitler, pasti ramai yang terbayang akan misai kontot beliau dimana sering menjadi bahan jenaka ramai pihak. Namun tahukah anda terdapat kisah dan fakta yang menarik disebalik misai kontot beliau.

Dikatakan pada tahun 1915, Adolf Hitler telah memegang jawatan sebagai prebet dalam ketenteraan Jerman. Beliau mempunyai raut wajah yang menggerunkan dan gemar menyimpan misai yang tebal seperti orang lain.

Ada dakwaan mengatakan Adolf Hitler menyimpan misai kerana mahu menutup parut dibibirnya akibat cedera dipukul suatu ketika dahulu. Disebabkan itu lah beliau menyimpan misai. Namun terjadi sebuah insiden yang memaksa Adolf Hitler mengubah fesyen misainya menjadi kontot.

Diceritakan pada tahun 1918, tentera Jerman telah berperang dengan tentera Britain. Tentera Britin telah menggunakan satu gas beracun yang dikenali sebagai Gas Mustard. Salah seorang tentera Jerman yang terkena gas itu adalah Adolf Hitler sehingga menyebabkan beliau hilang penglihatan dan pengsan sebelum diselamatkan oleh rakannya.

Mereka dapati topeng muka yang dipakai oleh Adolf Hitler tidak ditapis dengan sempurna kerana gas dapat menyusup melalui ekor misai hitler yang lebat itu.

Khuatir kejadian yang sama berulang, pihak atasan telah mengarahkan Adolf Hitler untuk mengerat misai miliknya. Namun Adolf Hitler enggan mencukur keseluruhan misainya sebaliknya hanya mencukur bahagian tepi bagi membolehkan topeng muka ditutup dengan baik.

Adolf Hitler terus mengekalkan fesyen misai kontotnya sehingga kematiannya. Kini bentuk fesyen misai milik Adolf Hitler merupakan perkara yang paling diingati apabila namanya disebut.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan