JOHN TITOR LELAKI SI PENJELAJAH WAKTU - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 28 Julai 2020

JOHN TITOR LELAKI SI PENJELAJAH WAKTU


Kisah mengenai John Titor pernah menggemparkan dunia pada tahun 2000 dengan pengakuannya yang didakwa merupakan seorang penjelajah waktu dari tahun 2036.

Titor merupakan seorang tentera yang berkhidmat di bawah ketenteraan Amerika Syarikat telah ditugaskan untuk melakukan misi kembali ke tahun 1975 dengan menggunakan mesin masa.

Tujuan dia kembali ke tahun tersebut adalah untuk mengambil komputer protable pertama di dunia iaitu IBM 5100 yang menggunakan bahasa unix dan dapat menterjemahkan pelbagai bahasa unix yang lain.

Dia mengatakan bahawa bahasa tersebut hanya dipasang pada komputer IBM 5100 sahaja dan tidak dipasang pada komputer generasi seterusnya.

Perkara ini kemudiannya telah mengejutkan pihak IBM dan mereka mengakui hanya 5 orang pekerja sahaja yang mengetahui perkara tersebut dan ia sangat dirahsiakan.

Menurut Titor, pada tahun 2036 kesemua sistem komputer akan mengalami masalah 'error' dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, IBM 5100 sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah misi tersebut berjaya diselesaikan, Titor mengambil kesempatan untuk singgah di tahun 2000 bagi melawat keluarganya yang tinggal di sebuah bandar yang terletak di Florida.

Pada masa ini dia mula berkongsi tentang pengalamannya menjelajah waktu di sebuah forum internet terkenal dan memberi nasihat kepada pengguna yang lain.

Dia juga turut memberi bayangan tentang mesin masa yang digunakan olehnya pada waktu itu. John mengaku menggunakan mesin masa jenis C204 iaitu salah satu mesin masa yang mampu memuatkan sehinga 3 orang dalam satu  masa dan digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk melakukan penjelajahan waktu.

Selain itu, Titor turut memberitahu perkara dan ramalan yang akan berlaku pada masa hadapan. Ramalan-ramalan tersebut juga turut menjadi kenyataan antaranya seperti peristiwa serangan 11 September 2001 di bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC), Tsunami pada tahun 2004 di Indonesia dan banyak lagi.

Titor juga turut menceritakan tentang makhluk asing. Menurutnya misteri mengenai makhluk asing dan juga UFO masih kekal menjadi misteri di zamannya. Namun para saintis tidak menolak dakwaan yang mengatakan makhluk asing itu sebenarnya umat manusia yang bermutasi akibat daripada penjelajahan waktu.

Dia kemudiannya memberi tahu bahawa suatu hari nanti akan berlakunya perang nuklear yang akan mengorbankan banyak nyawa manusia. Bumi juga akan menjadi rosak dan umat manusia yang masih hidup akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan.

Sebelum kembali ke tahun 2036, Titor sempat mengucapkan selamat tinggal kepada semua pengikutnya di forum internet tersebut. Dia juga menyuruh ayahnya untuk merakam video dirinya pulang ke masa hadapan dengan menggunakan mesin masa dan seterusnya memuat naik rakaman tersebut ke dalam internet.

Setelah beberapa hari kemudian, pihak tentera Amerika Syarikat mengetahui tentang kisah John Titor yang melakukan penjelajahan waktu dan menahan ayah serta ibu Titor untuk di soal siasat. Segala rakaman berkenaan mesin masa Titor juga turut di rampas dan disembunyikan daripada orang ramai.

Sehingga kini, kisah mengenai John Titor si penjelajah waktu masih lagi menjadi perdebatan yang hangat dalam kalangan masyarakat. Ramai yang percaya umat manusia akan berjaya menciptakan mesin masa suatu hari nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan