PIRAMID MISTERI DI AMERIKA SYARIKAT - Kongsi Media

Breaking

Jumaat, 19 Jun 2020

PIRAMID MISTERI DI AMERIKA SYARIKAT


Pada tahun 1960, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat telah membina sebuah fasiliti binaan yang menyerupai piramid purba di  daerah Cavalier, North Dakota, Amerika Syarikat.


Pada mulanya, tujuan binaan tersebut dibina tidak didedahkan kepada umun. Difahamkan kos pembinaannya menelan kos hampir 6 billion dolar.

Apa yang menghairankan, binaan tersebut hanya beroperasi selama 4 bulan sahaja sebelum menutupkan operasinya. 


Ahli teori konspirasi percaya tujuan binaan tersebut dibina adalah untuk mencari dan berkomunikasi dengan makhluk dari luar angkasa.


Seorang lelaki yang pernah berkhidmat dengan ketenteraan Amerika Syarikat pernah berkongsi tentang pengalamannya bekerja di binaan misteri tersebut.

Diceritakan, binaan tersebut merupakan kompleks ketenteraan Amerika Syarikat yang dibina bagi tujuan pertahanan.


Didalamnya terdapat pelbagai teknologi rada yang sangat canggih bagi mengesan dan menghapuskan serangan peluru berpandu. Ia mampu memintas peluru berpandu dari pihak musuh dengan sangat pantas.


Ada beberapa pihak turut mendakwa melihat kelibat objek terbang yang tidak diketahui (UFO) sering berterbangan di kawasan binaan tersebut.

Sehingga hari ini, tiada sesiapa yang dapat mengesahkan tujuan binaan misteri tersebut dibina. Adakah ia masih beroperasi sehingga hari ini? Yang pasti ia kekal menjadi misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan