MISTERI LAGU TEMA SPONGEBOB SQUAREPANTS - Kongsi Media

Breaking

Ahad, 21 Jun 2020

MISTERI LAGU TEMA SPONGEBOB SQUAREPANTS

Kredit Gambar: Google
Pasti ramai di antara kita pernah menonton siri animasi SpongeBob SquarePants. Siri animasi tersebut sering dimainkan di kaca televisyen dan mempunyai peminat tersendiri tanpa mengira usia dari serata dunia.

Lagu tema animasi SpongeBob SquarePants juga sering dinyanyikan oleh orang ramai kerana mudah dingati dan sedap didengari.

Kredit Gambar: Google

Namun tahukah anda, sebenarnya terdapat sebuah misteri yang sangat menakutkan disebalik lagu tema animasi tersebut.

Pada tahun 2011, seorang komposer lagu terkenal dari Amerika syarikat yang bernama Henry Browns pernah melakukan kajian berhubung dengan lagu tema animasi SpongeBob SuarePants.

Dia mengatakan sekiranya lagu tema tersebut diperlahankan sebanyak 800 kali ganda, anada akan dapat mendengari suara tangisan dan jeritan kanak-kanak meminta tolong.

Jeritan dan tangisan kanak-kanak tersebut seolah-olah menahan kesakitan akibat diseksa. Penemuan ini kemudiannya menjadi kecoh di media sosial dan mendapat perhatian dalam kalangan orang ramai.

Ahli teori konspirasi percaya bahawa, suara dan tangisan kanak-kanak itu merupakan suara daripada penduduk Bikini Atol yang diseksa suatu ketika dahulu.

Bikini Atol merupakan sebuah pulau yang pernah dijadikan sebagai tempat ujikaji bom nuklear pada sekitar tahun 1946.

Kredit Gambar: Google

Difahamkan, ramai penduduk di pulau tersebut mula mengalami penyakit misteri seperti tangan berubah menjadi penyepit ketam, badan menjadi merah seperti tapak sulaiman, kaki berubah menjadi sesungut sotong dan banyak lagi.

Banyak pihak yang mengatakan bahawa kisah animasi SpongeBob SquarePants sebenarnya diilhamkan daripada kisah benar. Namun sejauh mana kebenarannya ia kekal menjadi misteri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan