FAKTA MENARIK TENTANG ANAK PERTAMA, KEDUA, KETIGA, KEEMPAT DAN KELIMA - Kongsi Media

Breaking

Sabtu, 20 Jun 2020

FAKTA MENARIK TENTANG ANAK PERTAMA, KEDUA, KETIGA, KEEMPAT DAN KELIMA

Tahukah anda, sebenarnya setiap anak mempunyai karakter dan perangai yang berbeza-beza terutamanya dalam kalangan adik-beradik. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh persekitaran sewaktu seseorang anak itu membesar.

Disini kami ingin berkongsikan beberapa fakta menarik tentang anak pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Fakta ini diambil berdasarkan penelitian yang dilakukan dalam kalangan orang ramai.  Mungkin akan ada beberapa perbezaan pendapat dalam kalangan pembaca. Apa-apa pun jom kita tengok dan baca.

Anak Pertama


Anak pertama dikatakan seorang yang matang dalam segala perkara. Ini disebabkan oleh tanggugjawab yang harus dipikul oleh mereka sewktu masih kecil dengan menjaga adik-adik dibawahnya. Mereka juga sering dilihat sebagai seorang yang garang, namun sebenarnya mempunyai hati yang sangat lembut dan mudah memaafkan orang lain. Selain itu, anak pertama juga mempunyai sikap penyanyang yang sangat tinggi sehingga sanggup berkorban demi adik-beradik yang lain. 

Anak Kedua


Berbeza dengan anak pertama, anak kedua mempunyai sikap yang sangat berlawanan. Mereka juga mempunyai sikap keras kepala yang sangat tinggi dan sangat sukar untuk dikawal. Apa sahaja kehendak yang mereka inginkan, mereka akan cuba dapatkan walaupun dengan pelbagai cara sekali pun. Selain itu, anak kedua mempunyai sikap penyanyang yang sangat tinggi. Mereka sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Dalam dunia percintaan pula, anak kedua adalah seorang yang sangat setia dengan pasangannya.

Anak Ketiga

Anak ketiga merupakan seorang yang sangat sensetif dan mudah menangis. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai hati yang sangat lembut dan manja. Apa yang menarik lagi, anak ketiga mudah untuk memaafkan orang lain walaupun mereka sering disakiti. Selain itu, mereka juga tidak suka menceritakan masalah yang dihadapi kepada orang lain dan akan menyelesaikan masalah tersebut seorang diri.

Anak Keempat


Anak keempat merupakan seorang yang pandai berdikari. Mereka juga tidak suka menyusahkan orang lain. Sekiranya ada masalah, mereka akan cuba selesaikannya sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Seterusnya, ramai yang sering menganggap anak keempat sebagai seorang yang sombong, namun sebenarnya tidak. Hanya orang yang rapat dengan mereka sahaja yang tahu perangai sebenar anak keempat.

Anak Kelima


Anak kelima mungkin boleh dikategorikan sebagai seorang yang aneh dalam ahli keluarga. Mereka sering melakukan perkara-perkara yang pelik dan sukar untuk difahami. Kebanyakkan daripada mereka suka tidur lewat dan aktif berjaga diwaktu malam. Selain itu, anak kelima mempunyai fikiran yang sangat matang. Namun mereka sering berkelakuan seperti seseorang yang tidak matang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan