BERTEMU MAKHLUK KERDIL DI DALAM SEMAK - Kongsi Media

Breaking

Selasa, 30 Jun 2020

BERTEMU MAKHLUK KERDIL DI DALAM SEMAK


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kongsimedia. Di sini aku ingin menceritakan tentang kejadian aneh yang dilalui sendiri oleh aku sewaktu masih kecil.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2002 sewaktu aku masih berumur 10 tahun. Pada waktu itu aku masih tinggal bersama ibu dan ayah di sebuah rumah kampung yang terletak di Parit Buntar, Perak.

Suatu malam, aku terjaga daripada tidur kerana ingin membuang air kecil. Untuk maklumat semua, rumah keluarga aku ni tandas dia dekat luar rumah. Biasalah rumah kampung.

Aku pula pulak jenis jarang kencing dekat tandas sebab lebih selesa kencing dekat kawasan semak di belakang rumah.

Walaupun waktu malam, kawasan tersebut tidaklah gelap sangat sebab disinari oleh cahaya bulan yang sangat terang.

Dalam keadaan mamai sebab baru bangun tidur, aku pun pergilah kencing di kawasan semak belakang rumah tu.

Tidak jauh dari tempat aku kencing tu, aku nampak ada kelibat makhluk kecil yang bertubuh kerdil keluar dari sebatang pokok.

Aku tak ambil kisah sangat waktu tu sebab tengah sedap kencing berdiri. Tak lama lepas tu semakin banyak pulak makhluk kerdil yang keluar dari pokok yang sama.

Disebabkan terlalu takut, aku pun cepat-cepat berlari masuk rumah dan tidur dekat sebelah mak aku.

Sampai sekarang aku tak boleh lupa pasal kejadian tu. Bila dah besar sikit aku pun cuba lah kaji tentang makhluk kerdil nie.

Rupanya ramai yang pernah melihat dan terserempak dengan makhluk kerdil ni sewaktu mereka masih kanak-kanak.

Ada sebuah kisah yang aku baca di Facebook tentang pengalaman seorang lelaki yang terserempak dengan makhluk kerdil sewaktu dia dan kawan-kawannya pulang dari sekolah dengan berjalan kaki.

Diceritakan, mereka melihat banyak makhluk kerdil sedang berkumpul di dalam sebuah longkang. Ada salah seorang kawan dia cuba tangkap makhluk tersebut. Tetapi kena gigit sampai berdarah tangan dia.

Tak lama lepas tu datanglah seorang lelaki tua yang bertanyakan kenapa kawan dia tu menangis dan tangan berdarah.

Mereka pun cakap "makhluk kerdil dekat longkang yang gigit" sambil menunjuk ke arah makhluk kerdil yang berada di dalam longkang.

Anehnya lelaki tua tu langsung tak nampak makhluk kerdil tersebut sambil berkata "mana ada apa-apa dekat situ".

Hasil daripada penelitian aku sendiri, makhluk kerdil ni memang benar-benar wujud. Namun hanya kanak-kanak sahaja yang mampu melihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan