Dengan berkembangnya ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan
perubatan, pelbagai penemuan baru telah berjaya dijumpai oleh manusia. Namun
tahukah anda, sebelum penemuan ini berjaya dijumpai, pelbagai eksperiment kejam
telah dilakukan terhadap manusia.
Mengikut dakwaan, eksperimen-eksperimen kejam ini dilakukan adalah
bertujuan untuk menguji sendiri keberkesanan ubat-ubatan dan penemuan baru yang
lain terhadap umat manusia.
Namun perkara yang lebih menyedihkan sekali adalah eksperimen-eksperimen
ini kebanyakkannya dilakukan sendir oleh pihak kerajaan di sesebuah negara .
1. Project 4.1
Pada tahun 1954, sebuah eksperimen telah dijalankan disebuah kepulauan
kecil yang dikenali sebagai Bikini Atol yang terletak di Marshal Islands. Difahamkan
radiasi berbahaya telah dijatuhkan di kepulauan itu sehingga menyebabkan
seramai 82 orang yang menjadi mangsa.
Kebanyakkan mangsa yang terlibat tidak mengalami kesan dalam jangka masa
pendek. Namun setelah beberapa hari kemudiaan, bentuk fizikal kesemua mangsa
mula berubah menjadi aneh. Ada diantara berubah menjadi seperti tapak sulaiman,
tangan tangan bercantum dan membentuk seakan ketam dan banyak lagi.
Akhirnya kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami
banyak kompilasi berkaitan kesihatan dan tiada sebarang penawar berjaya ditemui
untuk menyembuhkan mereka. Kejadian ini kemudiannya diangkat menjadi siri
animasi terkenal yang berjudul SpongeBob SquarePants.
2. Kajian Menguji Racun Berbahaya
Terhadap Manusia Oleh Tentera Korea Utara
Menurut seorang staf penjara yang pernah berkhidmat di Korea Utara,
mereka mempunyai banyak kem yang menempatkan penjenayah-penjenayah berbahaya.
Meurutnya lagi, terdapat sebuah kes di mana 50 orang pesalah wanita telah
dipilih bagi menjalani eksperimen yang sangat kejam.
Kesemua mangsa telah dipaksa untuk memakan sayuran yang telah diletakkan
racun di dalamnya. Tujuan eksperimen ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan racun itu terhadap tubuh manusia.
Setelah 20 minit berlalu, kesemua mangsa akhirnya mengalami
muntah-muntah dan sakit perut yang sangat dahsyat. Mereka kemudiannya mati
kerana kerana kesakitan yang melampau.
3. Pembedahan Tanpa Ubat Bius
(Vivisection)
Pada waktu Perang Dunia ke-2 sebuah badan perubatan yang digelar Unit
371 telah ditubuhkan dan diketuai oleh seorang General Shiroo Ishii. Tujuan badan
perubatan itu ditubuhkan adalah untuk melakukan eksperimen kejam terhadap
manusia dengan cara melakukan pembedahan tanpa menggnakan ubat bius.
Mangsa yang diuji pula terdiri daripada pesalah-pesalah yang
dipenjarakan. Kebanyakkan daripada mereka dibedah dengan cara mengeluarkan
organ-organ tertentu dari dalam badan tanpa menggunakan ubat bius. Mangsa yang
kesakitan tidak dihiraukan sehingga jeritan mereka dapat didengari jauh beribu
batu dan mati dalam keadaan yang sangat menggerikan.
4. Projek Manhattan
Diantara tahun 1945 hingga 1947, sebuah eksperimen kejam yang dikenali
sebagai Projek Manhattan telah dijalankan. Eksperimen itu dilakukan dengan cara
menyuntik cecair yang mengandungi bahan radioaktif ke dalam tubuh manusia.
Kebanyakan mangsa yang terlibat terdiri daripada pesalah-pesalah yang
terlibat dengan kes jenayah yang sangat berat. Akibat daripada eksperiment ini,
mangsa yang terlibat akhirnya mati kerana mengalami kompilasi organ di dalam
badan.
5. Eksperimen kejam Agensi Rahsia
Soviet
Agensi Rahsia Soviet telah ditubuhkan pada tahun 1921 dan bertujuan
untuk mengkaji dan menghasilkan racun berbahaya. Racun yang dihasilkan itu dikenali
sebagai C-2 atau K-2 dan dikatakan sangat luar biasa kerana tidak dapat dikesan
sekiranya pemeriksaan post-mortem dijalankan.
Mangsa yang diuji dengan menggunakan racun ini pula terdiri daripada
pelbagai golongan. Kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui bahawa diri
mereka telah diracun dan akhirnya mati tanpa sebab yang dapat dijelaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan