4 MISTERI DISEBALIK LUKISAN MONA LISA - Kongsi Media

Breaking

Rabu, 24 Jun 2020

4 MISTERI DISEBALIK LUKISAN MONA LISA



Setelah lebih daripada seratus tahun, misteri mengenai lukisan Mona Lisa masih kekal menjadi topik yang hangat diperdebatkan. Lukisan tersebut telah dilukis oleh seorang pelukis terkenal dari Itali iaitu Leonardo da Vinci. Difahamkan juga, lukisan tersebut merupakan lukisan paling lama masa yang diambil oleh Leonardo untuk menyiapkannya.

1. Identiti Sebenar Mona Lisa


Tiada sesiapa yang mengetahui identiti sebenar wanita yang terdapat di dalam lukisan Mona Lisa. Ada pihak yang mengatakan bahawa wanita tersebut merupakan seorang wanita bangsawan yang bernama Isabella d'Este. Dia telah meminta supaya Leonardo untuk melukis gambar tentang dirinya. Namun ia masih belum dapat dipastikan sepenuhnya kerana tiada sebarang catatan yang dapat dibuktikan.



Selain itu, ada juga pihak yang mengatakan bahawa, lukisan Mona Lisa sebenarnya merupakan gambaran diri pelukis itu sendiri yang dilukis menyerupai seperti seorang wanita. Sebuah penelitian juga pernah dilakukan dengan menggabungkan wajah wanita di dalam lukisan Mona Lisa dengan wajah Lonardo. Hasilnya mereka mendapati wajah mereka berdua hampir 99 peratus sama antara satu sama lain.

2. Tanda Tangan Tersembunyi



Pada tahun 2010. seorang lelaki telah berkunjung ke muzium The Louvre untuk melihat lukisan Mona Lisa. Apabila diteliti, dia mendapati terdapat beberapa tanda tangan misteri pada kedua-dua belah mata di lukisan Mona Lisa. 

Dia mengatakan bahawa pada mata sebelah kanan Mona Lisa terdapat huruf 'L' dan 'V' yang membawa maksud Leonardo da Vinci. Pada mata sebelah kanan pula terdapat huruf seakan 'C' dan 'E' yang tidak diketahui maksudnya. Ia dikatakan mungkin tanda tangan wanita yang terdapat di dalam lukisan tersebut.

Pihak pengurusan muzium tidak dapat memastikan perkara tersebut. Mereka berpendapat ia berkemungkinan terhasil disebabkan oleh rekahan pada lukisan lukisan tersebut yang telah berusia ratusan tahun.

3. Latar Belakang Yang Aneh



Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat sebuah jambatan pada bahagian latar belakang sebelah kanan lukisan. Ramai pihak yang mengatakan bahawa jambatan tersebut merupakan Jambatan Ponte Buriano yang berada di Tuscany. Namun jambatan tersebut telah roboh dan dihanyutkan oleh banjir yang melanda pada tahun 1472.



Selain itu, terdapat juga sebuah lakaran yang membentuk seperti objek segi tiga. Ahli teori konspirasi percaya bahawa Mona Lisa merupakan seorang ahli kumpulan Iluminati. Namun ia tidak dapat dipastikan kerana tiada sebarang catatan yang dapat dibuktikan.

4. Senyuman Yang Penuh Misteri


Beberapa saintis pernah melakukan kajian berhubung dengan senyuman wanita yang berada di dalam lukisan Mona Lisa. Mereka mendapati senyuman tersebut sukar untuk diungkapkan kerana ia seolah-olah sengaja dilukis bagi menyerikan lukisan tersebut.

Seorang doktor juga pernah memberitahu bahawa senyuman disebalik wajah wanita tersebut menandakan dia sedang hamil. Ini kerana hanya wanita hamil sahaja yang selalu melakukan senyuman seperti itu.



2 ulasan: